Sunday, November 2, 2008

RULES AND REGULATIONS - Z.I CUP

FORMAT PERLAWANAN

1. Pemain yang sudah berdaftar selepas perlawanan dimulakan tidak dibenarkan untuk diganti dengan pemain baru.
2. Pasukan yang tidak menurunkan bilangan pemain yang telah ditetapkan, iaitu kurang dari 4 orang pemain akan dikira kalah dan mata kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan secara WALKOVER dengan 3 mata dan 2 gol kemenangan.
3. Penjaga gol setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang berlainan warna daripada rakan sepasukannya dan pihak lawan.
4. Setiap pemain hendaklah menggunakan SHIN GUARD pada setiap perlawanan. (pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika ada pemain yang mengalami kecederaan).
5. Pertukaran pemain boleh dilakukan sepanjang perlawanan berlangsung.
6. Perlawanan tidak boleh ditangguh atau ditunda kecuali diputuskan oleh pihak penganjur.
7. 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak kepusingan CHAMPIONS KNOCK OUT.
8. Pasukan ditangga 3 dan 4 bagi setiap kumpulan akan layak kepusingan PLAY OFF KNOCK OUT.

NB: Setiap pasukan bersedia lebih awal sebelum waktu perlawanan dimulakan. Setiap pasukan yang gagal datang setelah 3 minit dariapada masa yang telah ditetapkan akan dikira kalah.


SISTEM DAN MASA PERLAWANAN

-Peringkat kumpulan masa perlawan ialah 7 minit bagi setiap separuh masa dan tidak ada masa rehat hanya bertukar tempat pasukan masing-masing sahaja.

-Peringkat “KNOCK-OUT” dan “FINAL” masa perlawanan ialah selama 7 minit bagi setiap separuh masa dan tidak ada masa rehat hanya bertukar tempat pasukan masing-masing sahaja.

-Jika terdapat mana-mana pasukan yang seri selepas tamat masa perlawanan diperingkat “KNOCK OUT”, sepakan penalti akan diada kan:

Perlawanan “FINAL” masa tambahan akan diberikan selama 5 minit bagi setiap separuh masa. Pasukan yang menjaringkan GOL terlebih dahulu akan dikira memenangi perlawanan (GOLDEN GOAL). Jika kedua-dua pasukan masih juga seri maka sepakan penalti akan diada kan.

Setiap pasukan akan diwakili oleh 3 orang pemain bagi mengambil sepakan penalty. Jika sepakan penalti berkedudukan sama, sepakan penalti akan diteruskan lagi sehingga ada pemenang.


SISTEM MATA KEMENANGAN

Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata
Walkover 0 mata (pasukan yang hadir akan mendapat 3 mata dan 2 gol)

-Jika terdapat pasukan yang menarik diri atau dikeluarkan setelah kejohanan dimulakan maka segala mata kemenangan akan dibatalkan dan tidak ada mata gol diberikan kepada pasukan lawan
-Jika terdapat pasukan atau pemain yang melanggar peraturan dan undang-undang kejohanan, penyertaan mereka akan dibatalkan.

HADIAH-HADIAH

- Piala pusingan Johan World cup kejohanan Z.I.(berserta 8 pingat)
- 8 Pingat Naib-johan bagi World cup.
- 8 pingat tempat ketiga bagi world cup.
- 8 pingat Johan bagi play-off Plate cup.
- 8 pingat Naib-johan bagi play-off Plate cup.
- 8 pingat Tempat Ketiga bagi play-off Plate cup.
- Piala Penjaring terbanyak.
- Piala Penjaga Gol Terbaik.
- Piala Pemain Terbaik.
- Piala pusingan bagi “Best Z.I Team”


Kriteria bagi Pemain Terbaik sepanjang kejohanan Z.I.

• Kerjasama pemain
• Kualiti pemain
• Disiplin pemain
• Kebolehan pemain
• Semangat pemain

Kriteria bagi “Best Z.I. Team” sepanjang kejohanan Z.I.

• Kerjasama pasukan
• Kualiti pemain-pemain dalam pasukan
• Disiplin pasukan
• Kebolehan pasukan
• Semangat pasukan

No comments: